Wednesday, September 15, 2010

10 tips tangani "Morning Sickness"

Apabila menyebut tentang kehamilan, ramai yang akan mengaitkannya dengan "morning sickness" atau rasa mual dan muntah-muntah pada waktu pagi (adakalanya ia berlaku di sebelah petang dan malam! Tetapi tetap dipanggil "morning sickness"). Hal ini biasanya berlaku sebaik sahaja bangun dari tidur dan akan reda menjelang petang, ini adalah perkara normal yang berlaku pada kira-kira 3/4 wanita yang hamil pada trimester pertama kerana perubahan hormon si ibu.

Apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan rasa mual dan muntah-muntah?

  • Banyakkan meminum air suam. Air yang mencukupi dalam badan akan mengelakkan anda mual dan muntah, selain elok untuk anda dan bayi anda. Anda juga akan terlepas dari masalah dihidrasi!

  • Elakkan dari lapar. Pastikan anda membawa biskut (handy pack) atau roti setiap masa. Makan 1-2 jam sekali bagi mengelakkan perut kosong. Perut yang kosong akan membuatkan morning sickness anda bertambah teruk.

  • Elakkan diri dari sebarang tekanan. Dapatkan rehat yg cukup bagi memastikan anda lebih bertenaga dan bersemangat keesokkan harinya. 

  • Elakkan dari berada di tempat-tempat yang panas. Tempat yang panas akan mengakibatkan anda lebih cepat berasa haus dan letih. Pastikan anda berada di tempat-tempat yang sejuk.

  • Tidur pada posisi yang selesa bagi memastikan anda tidak sakit pinggang dan belakang.

  • Sebaik sahaja bangun dari tidur, pastikan anda memakan dua keping biskut masin dan minum air suam atau air buah. Kemudian anda boleh juga makan tembikai dan bau sedikit lemon bagi mengelakkan rasa mual.

  • Makan dengan jumlah yang sedikit, tetapi kerap. Hal ini bagi mengelakkan anda merasa mual sepanjang hari.

  • Elakkan dari duduk sepanjang hari di depan komputer. Pastikan mata anda juga mendapat rehat yang cukup. Jika anda perlu duduk lama di depan komputer, pastikan anda meluangkan masa 5-10 minit untuk melakukan sebarang regangan atau senaman ringan.

  • Elak makanan yang terlalu berminyak dan bau yg boleh menyebabkan anda muntah. Halia, teh dan rempah ratus boleh mengelakkan dari mual dan muntah. Tambahkan halia dan rempah ratus di dalam makanan anda atau minum secawan teh! Minum sup ayam halia sebelum tidur tentu akan menjadikan badan anda segar keesokkan harinya!

  • Fikirkan sesuatu yang memberikan anda ketenangan. Contohnya, fikirkan wajah bayi comel anda dan saat bersamanya nanti tentu anda akan berasa tenang.
Ingat, bukan semua tips di atas berkesan ke atas semua orang... Cuba dan lihat tips mana yang lebih bersesuaian untuk anda... Selamat mencuba! :-)

Saturday, September 4, 2010

Pantang Larang Orang Tua

Memang dalam apa jua perkara kita tidak dpt lari dari petua mahupun pantang larang org tua. Adakalanya ia tidak logik dan tak masuk akal. Namun jika tidak diikut dan kemudiannya terjadi sesuatu perkara yg tidak baik kepada bayi, tentu mereka akan mula mengungkit. Berikut adalah beberapa pantang larang yg saya kumpulkan untuk panduan kita bersama.

a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar untuk bersalin.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan. (atau uri tidak dpt dikeluarkan semuanya)

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

f) Elakkan minuman bergas dan kafein.
* dikhuatiri kandungan mudah gugur.

g) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)
* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

h) Kurangkan mkn buah oren.
* dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.

i) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

j) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat-cepat beristighfar.
* dikhuatiri bayi akan mengenan.

k) Kurangkan mkn pisang.
* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

l) Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar utk bersalin atau bayi akan terkenan

m) Jangan mkn betik muda.
* getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.

n) Sepanjang kehamilan elakkan makan makanan yg berwarna kuning
* bayi akan mudah terkena demam kuning

Inilah antaranya... saya pasti diluar sana masih byk pantang larang yg diberikan oleh org tua mereka. Apa jua pantang yg kita dgr... Jgn terlalu taksub pula mengikutnya... takut lari Akidah pula nanti. Yg penting, setiap ibu yg mengandung, pastikan anda menjaga tingkah laku dan percakapan sepanjang kehamilan. Apa juga yg dilakukan oleh si ibu, mungkin diwarisi oleh anak yg dikandung. Wallahua'lam.

Kafein, bolehkah diambil ketika hamil?

Ramai yang masih keliru tentang pengambilan kafein sepanjang waktu kehamilan. Bagi mereka yg ketagih teh, kopi & minuman bergas, tentu akan berasa sukar utk meninggalkan minuman ini sewaktu hamil. Ada yg mengatakan jenis minuman ini boleh diambil sepanjang kehamilan, tetapi memadai SATU CAWAN SATU HARI. Ada kajian yg mengatakan mereka yg kerap mengambil kafein sehingga melebihi 300mg sehari, mempunyai risiko mengalami keguguran, kemungkinan lahir tdk cukup bulan atau bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Sebab-sebab mengapa anda perlu menghindari minuman yg mengandungi kafein:

a) kafein akan meningkatkan degupan jantung serta metabolisma anda
b) sukar untuk tidur
c) anda akan sentiasa berasa cemas
d) sakit kepala

e) pedih ulu hati atau gastrik

f) kafein yg bersifat diuretic akan menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil

g) anda akan kehilangan kalsium

h) kafein yg berlebihan akan menyebabkan tubuh sukar menyerap zat besi. (zat besi amat diperlukan semasa kehamilan)

Perkara-perkara di atas amat jelas bagi membuatkan anda mengambil kafein dlm jumlah yg berlebihan. Selain teh, kopi dan minuman bergas, kafein juga boleh didapati dalam coklat juga beberapa jenis ubat sakit kepala, selsema dan alergi. Tentu sekali makanan-makanan ini tidak mempunyai khasiat yg baik bg anda juga kandungan anda. Elakkan mengambil minuman berkafein & berubahlah kepada minuman seperti air suam, susu & jus buah2an, kerana minuman sebegini amat berkhasiat utk anda & bayi! :-)